Entry

nuff

Content

Journey...

Tuesday, September 21, 2010 1 comments
salam readers semua.....apa khabar???sihat ek...moga2 sihat la yer...kalo rasa xsihat sangat, baik cepat2 exercise and drink a lot of plain water. kalo x baek jugak, seek medical advice la yer. jangan dibiar pulak, takut nanti makin teruk...

ok, 1st Zul nak mintak maaf sangat2 sebab lambat post entry nie...reason nyer Zul kinda bz skit. bz setel kan apa yang perlu disetelkan sebelum Zul bertolak balik ke KL. so entry nie berkisar mengenai perjalanan Zul sebelum dan selepas bertolak pulang ke KL...

pada last day before Zul balik, Zul bergegas ke City Plaza untuk merasa makanan faveret Zul. dish nie memang dari Zul sekolah dulu selalu Zul makan. it's a Tom Yam, tp die nye rasa...pergh! maybe one day bila korang datang ke Alor Star, singgah la ke foodcourt CP and try dish nie kat gerai Mini Seafood. dish yang Zul lahap ni sebenarnye Meggi Tom Yam extra pedas...bahan-bahan laen tuh Zul tambah sendri. kire kite leh customize dish kite la..huhuhu.


ni la rupa dish Zul tuh....nyum nyum!

lepas selesai makan, Zul head ke rumah Tok pulak. Tok nak kasi kueh raya katanya, so die suh datang amik. banyak juga la kueh yang Tok kasi. leh la nanti budak2 kat Kolej Kedua ni rasa. tapi Kueh Makmur yang Tok wat ni Zul xkasi kat saper2 sebab nie memang faveret Zul..huhuhu, sorry. sebelum balik, Zul sempat snap several pics of my Tok's House....



pics of Tok's house.

and pagi sebelum Zul depart ke KL, Zul sempat snap several pics of my lovely room. sebab ramai readers response mintak Zul feature kan pics my room. so, nah, ni dia..huhuhu...






ok, Zul bertolak dari Alor Star pukul 11 pagi dengan Nazri. sepanjang perjalanan tuh, kami stop untuk solat kat hentian Tapah dalam lebih kurang 45 minit and continue our journey, safely arrived at Sri Gombak, umah EG dalam pukul 4. traffic kat highway ok, lancar, tapi kat MRR2 la, as usual...lepas niat nak beraya kat umah kawan Zul di Selayang xtercapai, Zul dropped Nazri kat comuter station Kepong while Zul and EG headed to Sg Buloh, EG's 2nd house. umah ni bawu je siap, and EG sendrik pown jarang lepak sini lagi. Auntie prepared a delicious Bolognese with Angels Hair to go with it..memang best!huhuhu..so, here Zul feature some pics of EG's new house pics....






cantik kan?? haa, memang cantik. so itulah my journey before and after heading bax to KL. it's really a wonderful time for me, spending a great 2 weeks in my hometown. bile pikir nak kene tinggal my hometown ni, rasa sedih la pulak...huhuhuu...tapi nak wat camne, keje tetap keje...ok2, Zul harap readers semua pown enjoy dengan issue Zul kali ni. Alor Star. insyallah pada next entry Zul akan brought up a new issue or topic yang lebih menarik..thanx to u guys 4 spending ur tym reading my post, see ya again later, buhbye..!


Journey Like No Other....Kaw Ado???

Thursday, September 16, 2010 1 comments
salam readers sumer...!!!!apa khabar yer..?sihat2 la hendaknye yer..huhuhu. kan entry lepas Zul janji nak post new story pasal latest xtvt Zul tuh kan..hehe, sorry yer sebab lambat post. semalam bz sket. ade keje nak kne setel. so skg dah free skit, leh la menaip...

haa, ari selasa lepas, Zul and kawan2 sebenarnye ke Perlis Indera Kayangan. kami saje2 je pergi berjalan2, sambil niat ingin mengisi perut dengan hidangan yang menarik disana..hahaha. kami berlapan, yer..berlapan ye hadirin, harap maklum, bertolak dari Alor Star pada pukul 230 lebih kurang dengan menaiki van Amy. lapan orang kami itu adalah Amy, Nash, Kuan, Eizman, Zul, Apitt, John and Ah Chong. selepas isi minyak di Mentaloon, kami depart melalui jalan Gunung Keriang, menghala ke Jerlun. destinasi pertama kami adalah Kodiang. kerana disana kami akan dijamu oleh sahabat Amy, Yanti dan ibunya yang akhirnya menjadi sahabat kami semua juga...


perjalanan ke Kodiang memang best sebab Zul dah lama xjalan kat kawasan kampung macam ni. jalan yang diapit oleh sawah padi nan hijau, bukit-bukau dan tali air. rumah-rumah kampung yang tersusun rapi dan cantik, memang sangat memukau pandangan. even tho Zul memang orang Kedah tp to be honest, memang susah nak tengok mende cenggini kat Alor Star skg. sepanjang perjalanan kami itu juga, Zul dapat spot tempat2 dan landmark2 yang menarik seperti Makam Puteri Lindungan Bulan, Kota Seputih, Watt yang cantik dan Gua Kerbau.

haa, ni la rupa pekan Kodiang...

Wat Boonyaram kat Padang Sera, otw ke Kodiang

ni namanya Gua Kerbau, betul2 kat tgh pekan Kodiang




Yanti dan ibunya telah menyediakan juadah tengah hari yang siyes best. nasi putih dengan lauk rendang dinding dan rendang biasa, salad, laksa dan kuih muih. tapi rasa die, pergh, memang terbaek dari ladang..!!!kami spent lebih kurang sejam jugak disana. lepas makan, Kuan and John dok gigih memetik buah kelapa muda di depan umah Yanti..hahaha..nampak jelas la kegigihan tuh...esp, tym nak kopek kelapa, lagi jelas....
terliur kan korang...???

dalm pukul 4, kami pown minta diri dan berterima kasih pada Yanti dan ibunya yang sudi menerima kami sebagai tetamu mereka petang itu. perjalanan kami diteruskan dengan mencari masjid yang berdekatan kerana ada sebahagian dari kami masih belum Zuhur. jadi kami singgah di Masjid Jamek Pekan Kodiang untuk menunaikan solat Zuhur dan juga Asar.

suasana dalam Masjid Jamek Pekan Kodiang


selesai praying, kami pown berangkat menuju ke Kuala Perlis. dari Kodiang ni, xjauh dah nak ke Kuala Perlis. dalam 20 mins camtu, kami pown sampai ke Kuala Perlis, dengan tempat persinggahan pertama adalah gerai Ais Kacang. ade banyak gerai Ais Kacang sepanjang jalan di pesisir laut nie. kami just pilih salah satu pastu masing2 pesan cendol and ais kacang untuk dinikmati sambil melayan topik perbualan yang dibuka....gerai ni memang bertentang dengan laut, so lepas makan kami jalan2 tepi laut tuh. die bukan pantai berpasir, just berbatu-batu.so xdela konsep org mandi-manda disini ye hadirin...

gerai ais kacang yang menjadi pilihan..


cuba korang tengok ais kacang nie...hehehe..sedap, tapi manis giler...


selesai bersiar-siar, kami pergi ke pelantar yang berdekatan dengan jeti Kuala Perlis tuh. sampai aje, tgok pelantar tuh dah tutup, hangin ar jugak...last2, just jejalan kat sekitar tuh je sambil tunggu sunset. tym tuh Zul memang gigih mengambil pic la, apa lagi..hehehe



sambil dok tunggu tuh, masing2 jadi penat..dasar xtahan sabar tol. si John pown mengajak kami ke destinasi seterusnya iaitu dinner di Restoran Ikan Bakar, which is really not very far from the previous place. ikan-ikan die fresh, and masakan die pown not bad. cuma nya, Zul mmg jenis selalu makan kat Ikan Bakar kat luar, so xde rasa anything special pown...boleh la..tapi bila malam dah start gelap, nyamuk dimana2, sampai diorg kne bakar bekas telur untuk halau nyamuk tuh....
ni la Restoran Ikan Bakar yang kami singgah tu...



as usual, bila dapat makanan, senyap masing-masing melahap

lepas kekenyangan, kami bertolak pulang ke Alor Star. budak-budak nie ajak asah tekak lak sebelum balik.so, kami pown g lah mencari tempat y seswai utk mengasah tekak. tapi, semuanya full, sakit ati tol, last skali, balik umah sajer.asah kat umah je la, hahaha. lepas rest kejap, Kuan ajak lepak kat dataran, depan Masjid Zahir tuh..lepas lepak2, kami pekena nasi kandaq sat kat Yasmeen and balik ke sarang masing2...

suasana depan dataran Masjid Zahir..

haaa, satu hari suntuk berjalan, dari siang sampai ke malam la...tp memang best sebab jalan ramai-ramai ngn kawan, and pergi makan..hahaha...thanx to others yang wat this trip possible, esp Amy y supply transport yang vogue...siap ada siren lagi, kaw hado..???hahahaha....

Open House dan apa saja yang berkaitan dengannya.....

Tuesday, September 14, 2010 1 comments

assalammualaikum, salam sejahtera readers sekalian. apa khabar..?tengah menumis ka..?tengah curi tulang ka..?apa2 pown, benti dari apa jua yang sedang anda lakukan dan concentrate dengan entry Zul ni..hahaha...

korang sumer mesti dah buncit skang kan..?tu la, asal leh melantak, bukan nye nak sedar ada mata yang memerhati...bukan nak cakap apa la, Zul pown sama la..huhuhu...Zul phobia dengan weighing scale skang. Zul masih belum bersedia menerima hakikat sebenar. tunggu la bila Zul ada kekuatan untuk menghadapinya nanti, akan Zul khabarkan pada readers sekalian yer..huhuhu.

owh, phobia nya haku!!!

ok, macam Zul cakap dalam entry Zul yang lepas, Raya Ketiga umah Zul de wat open house yang ala besar-besaran jugak la. xdela besar sangat pown, tapi penuh umah gak la. sebab family Zul memang besar. belah Pa ada 10 siblings, belah Ma ada 9. xkire sedara mara lagi. pastu kawan Pa n Ma, orang-orang surau kat Taman. kawan2 Zul, Zul kire ade la dalam 30 orang. kawan si Faiz lagi..ramai la jugak, and op kos, Zul berkejar-kejaran menyambut tetamu and mengrefill makanan..


apa-apa pown, thanx to semua yang turned up ke Open House aritu. niat sebenar Zul nak update perkembangan kawan-kawan sambil merapatkan kembali tali perhubungan. tapi sorry la kalo Zul xsempat nak sembang-sembang sangat ngan korang semua. korang pown tengok kan macam mana kelibut nya Zul arituh..huhu..apa-apa pown, terima kasih lagi sekali sebab datang, and insyallah tahun depan kalo ade rezki dan dipanjangkan umur, kita jumpa lagi ek..hehehe

masing2 tengah melantak waktu neyh..

nie masa dah selesai melantak...

and malam after open house tuh, Zul and kengkawan pergi men bowling pulak kat Kedah Bowl, City Plaza. dah lama xmen bowling kekdahnye, harusla men ala kadar je. jadi mangsa carutan la jugak kadang2...huhuhu..tp memang enjoy la men malam tuh. bukan senang nak gather budak2 nie sekali. masing2 dah bz kanz. so, bila dah ade peluang cenggini, macam2 la idea dalam kepala masing2.

sebegini hebat la balingan kami semua..hahaha

semalam Zul, Eizman, Kuan and Amy g mengasah bakat dan jugak tekak. hahaha...kami pergi ke E-Box, Alor Star Mall, pusat mengasah bakat yang agak kerap kami kunjungi. dah lama jugak tidak diasah bakat yang xpernah terpendam neyh..hahaha...pecah kepala la jugak asalnya..(pecah kepala tu maksudnya sonok la..). Malam nya macam biasa kami g melepak di Yasmeen, pekena Nasi Kandaq sat, pastu hang-out kat dataran depan Masjid Zahir.

tempat kami berempat mencuci tekak dan liang telinga..

pergh, memang padat dan penat aktiviti kami ini, tp memang best...siyes, xtipu. tapi xtvt Zul untuk entry sok lagi best. nak tau aper..?kena la tunggu entry esok..hehehe..apa-apa pown, readers sumer mesti de banyak xtvt yang best sepanjang cuti ni kan (pada y cuti la). kalo ade tuh, update la..kowt la boleh Zul guna untuk mengisi masa cuti sebelum balik ke KL nanti..hehehe. ok la sumer, kita jumpa dalam next entry ek...see ya..!
snap dalam Galeri Perdana sekolah Zul...

nie dekat Pavilion pulak, korang hengat KL je ade Pavi..???

Update dari Zoul Husni...

Sunday, September 12, 2010 1 comments
salam readers sekalian...apa khabar??sihat yer...?huhuhu..mintak2 sihat sentiasa lah yer...insyallah. haa, macam mana ngn raya tahun nie..?meriah x?mesti meriah kan...?kalo xmeriah pown, sambut lah dengan sederhana tp tetap bersyukur, aminn.

rasanya xterlambat lagi Zul nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers yang menyambut lebaran ini. Moga2 kita mendapat keberkatan dari-Nya dalam kita menikmati Aidilfitri, insyallah. Zul jugak nak mohon maaf kepada semua jika sepanjang Zul menulis blog ini, or kita berkenalan, Zul ade mengguris rasa secara sedar atau tidak..dan Zul sentiasa memaafkan anda semua, semoga kita menjadi insan yang bertaqwa disisi-Nya, insyallah.

haa, opening dah ala syurga firdausi dah. yela, mood lebaran katanya kan. ok, Zul nak story sikit pasal sepanjang sambutan Aidilfitri Zul di kampung halaman. sehari dua sebelum raya, Zul rajin keluar and lepak ngn kengkawan yang dah mula tiba ke Alor Star. bila dah berkumpul ni, meriah die jangan cakap la. Alor Star nih macam kami yang punya.

blacky pown nak cantik2 jugak raya nie...huhu

antara xtvt wajib bagi kami di tengah malam adalah hang-out di coffee house sambil cekcur lite2. tempat yang selalu menjadi port kami adalah di Uncle John's White Coffee kat Jalan Gangsa. lepas lepak sampai pukul 1 macam tu kami berubah tempat ke dataran depan Masjid Zahir pulak. sini memang meriah sentiasa, waktu cuti or hari biasa. kami lepak sambil bukak topik yang besar2 skit r kat sini. sambil2 tuh sempat la jugak tengok gelagat manusia kat sini. hurm, macam2 la. Alor Star dah berkembang gituh.

nilah antara masjid yang tercantik di Malaysia, Masjid Zahir, Alor Star...

bila dah sampai pukul 3 macam tuh, kami akan bergerak ke Restoran Yasmeen Nasi Kandar, feveret Zul. sini mmg sentiasa penuh jugak. nasi kandar die mmg best. best macam mana, kene try sendrik...huhuhu. and kat sini kami selalunya memasang mata, hahahaha...well...

hidangan wajib bila berkumpul, kopi!

haa, tue bila dah berkumpul, memang la melepak. sebenarnye bukannya melepak macam mana. lebih kepada update cerita...update perkembangan diri masing2 katanya la...waktu tu jugaklah nak melawak2, teringat citer dulu2..huhuhu...

lauk dan kuah yang dihidangkan di Yasmeen.

ok2, Zul nak citer pasal raya lak...Raya kali nie Zul banyak spent masa ngn anak buah Zul, Fareez. nak melayan die ni memang xmenang kaki n tangan. active sangat. tapi asal malam je mesti die demam. waktu ni senyap sunyi la umah...huhu..sian tgok die melepek atas tilam..huhu..

haa, pengerang jantung Zul, Fareez Zulqarnain...

1st day raya Zul start ngn solat Aidilfitri kat surau taman. pastu kami 1 family bermaaf-maafan sambil xtvt penerimaan duet raya berlaku. jangan xtau, Zul still dapat duet raya dari Ma, Pa n Abang Ayie. hahaha....after that kami g kubur Tok Wan n Tok kat Masjid Albukhari. balik dari kubur, terus g umah Tok yang memang xjauh dari umah Zul, 5 mins driving. kat sana, beraya ngan aunties and uncles serta sepupu-sepapat..maintain collect duet raya...lepas balik dr masjid untuk solat Jumaat, lunch kat Umah Tok pastu balik umah.

skema nya Zul ngn baju melayu...huhu

kat umah Zul sambung keje mengemas bilik yang xsiap2 dikemas sejak sehari sebelum raya. maybe sebab Zul rearrange furniture dalam bilik nie, so makan masa banyak sikit r. tp siap jugak la akhirnya. malam nye tido awal sebab mengantuk gile. kul 11 dah hanyut. huhuhu...

2nd day of raya, xtvt memenuhkan perut mengambil tempat. xtvt dimulakan dengan kekubur Tok Wan kat Kuala Kedah pulak. dari kubur Zul ke rumah Wa and Pak Ngah, @ Kuala Kedah jugak. melantak biscuits je tp tetap kekenyangan. balik dari Kuala Kedah, tapau KFC and makan kat umah. tp Zul xmakan sebab ade banyak invitation open house. lepas dah setel ke umah2 yang menjemput, Zul kembali ke umah kira2 pukul 7 and bersiap2 untuk ke sekolah lama Zul, Kolej Sultan Abdul Hamid. kat sana, ramai jugak la manusia, tp xdela crowded sangat. and Zul sempat jumpa beberapa rakan2 sepermainan Zul dulu..hahaha...kelakar kowt bila teringat balik citer2 dulu..ngehehe...majlis diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Raja Muda, yang juga merupakan collegian.

inilah rupa sekolah Zul....SAHC!

abis je xtvt berjumpa2, kami ke Uncle John, dinner, sbb masa kat skolah xmakan sangat pown, banyak bersembang je.. so, sambil makan sambil cekcur, mende wajib..huhu....abis je makan kat UJ, kami ke Yasmeen lak, tp manusia penoh.. sebab malas nak berasak-asak, kami beralih ke tempat laen. kemana..?adelah..!!!! ok, Zul balik umah semalam dalam kul 230 pg. sampai je umah terus tido sebab ngantuk giler. lagi pown nk kne bangun awal keesokkannya. huhuhu....

haa, tudia, crita panjang lebaq dari Zul..hangpa puaih dak??puaih la kowt noh...ok2, ari ni umah Zul de wat open house, ramai jugak kawan2 yang Zul jemput datang nanti. esok insyallah Zul update citer pasal OH Zul t ek..hehehe..so, readers2 semua, tunggu la ek..hehehe..kepada sesape yang tinggal di Alor Star tuh, jemput la ke umah Zul t k...till then, buhbye..(^_^)

Shopping @ Alor Star part 3

Monday, September 6, 2010 0 comments
salam readers sekalian..wat pe je tuh..? tido..?ayoo, dah pukul bape ni, dok tido lagi tuh...bangun2, g mandi, kasi fresh lite2, pastu meh baca entry Zul ni balik k..

ok, haa, untuk entry kali nie, Zul nak sambung balik kembara shopping Zul kat Alor Star. sampai masuk part 3 dah, macam chronicle katanya...ok, semalam kembara shopping Zul bermula di Bazar Ramadhan Stadium Darulaman. as usual la membeli untuk berbuka. menu semalam adalah nasi dagang dengan ayam panggang. kuih pulak, Zul beli pulut kacau or wajik, bengkang ubi kayu adn pulut sekaya or seri muka. nasi dagang die not bad, kuah ikan tongkol die la y not bad nya tuh. nasi tuh sama je mcm nasi dagang yang len. kire puas ati gak la berbuka semalam..
dari semalam Zul xtau apa yang diorang dok beratur kat satu stall ni, memang agak panjang r....

stall ni jual air, tp xtau air apa. bukan stakat orang ja yang beratur panjang, lebah pown sama..sikit punya banyak...

haa, yang ni namanya pulut sekaya..kenapa nama die pulut sekaya? sebab bawah die pulut atas die sekaya...paham??!

ni lak bengkang ubi kayu yang Zul beli semalam...yang kaler kuning tu yer (incase u guys dunno apa kebende nye tuh)

kepada adik2 dan pakcik2 yang sudah tidak sayangkan anggota badan tuh, nila tempat untuk menyelesaikan masalah itu...nak cuba..?

pada malam nya pulak, Zul lepas tarawikh, ala2 buhsan sekejap call la teman tapi mesra Zul si Eizman. niat nak cekcur je, tp bila dah start cekcur rasa xbest lak sbb cekcur dalam phone mana feel. so kami pown kuar and lepak kat Uncle John White Coffee kat Jalan Gangsa tuh. minum and cekcur sekali la, op kos. dari kul 1045 gitewh sampai kul 12. pastu ingat nak ronda2 Alor Star jap pastu balik. tetiba rasa mcm nak singgah Uptown kat Stadium. kat Alor Star ni pown ada Uptown, dekat perkarangan Stadium Darulaman. barang2 yang dijual macam uptown or downtown kat KL.

so kami pown menyinggah la kat situ. niat dihati hanyalah berjalan dan menyuci mata, xlebih dari itu yer. tapi apabila terjumpa bende yang berkenan dihati, harus kan diri ini menolaknya..nan ado...maka bermula la proses bertanya harga yang sopan. apabila harga yang diberikan kedengaran tidak memuaskan, maka proses penawaran akan bermula.. haa, Zul ni memang terkenal dikalangan kawan2 Zul bila shopping nie sbb Zul suka menawar harga. hello, nak hidup ya rakan2...Mak i bukannya Zeti Akhtar Aziz. ok2, lepas proses rundingan bermula dan selalunya memakan masa hampir setengah jam, selalunya harga yang diinginkan akan tercapai. cuma semalam Zul geram kat satu stall ni die maintain xnak harga yang Zul kasi..and yang geram lagi Zul agree and beli..eiiii, nak kne asah lagi kemahiran menawar nie...

kat kawasan ni crod xramai sangat, so senang nak jalan lagi..

antara baju2 yang dijual kat sini..banyak pilihan jugak la...

slipar, seluar..antara barang terfamous yang dijual disini....

crowd kat sana ok, not bad..boleh menyuci mata yang kurang segar menjadi sangat hyperactive. and die xdela crowded sangat. bukan masa dia lagi kowt. tunggi lagi 2-3 hari lagi, kompom penuh ngan homosapiens. and kesimpulannya Zul telah membeli sedikit barangan disana. and Zul satisfied ngan pembelian kali ini. maybe nanti Zul akan pergi lagi and cuba untuk cari barang yang best lagi...hehehe...and uptown jugak a perfect place untuk wat reunion budak2 skolah dulu. macam Zul semalam, dari junior ke senior ke satu batch, semua terjumpa kat sana..haa, senang la mcm ni, xyah nak wat formal gathering bagai dah kan....

okie, untuk part 3 punya shopping di Alor Star, itu saja. arini xtau lagi mana destinasi shopping. macam banyak duit je aku ni nak shopping memanjang kan..hahaha..xpe2, nanti Zul update lagi story Zul di bumi Alor Star yang terchenta ni ek..till then, buhbye..(^_^)

Shopping @ Alor Star part 2

Sunday, September 5, 2010 2 comments

salam readers sekalian...dok wat pa ja..?apa,,? kemaih ghumah? tukaq curtain..?Ya Allah, ghajin nya masing2..tapi semua xleh lawan Zul..Zul baqu lepaih tolong Ma wat biscuit, paih tu tolong Ma arrange bunga lak..hebat tu xdak la sangat tapi boleh la setakat sedap mata memandang.. hahaha..nanti Zul upload pic nye yew...

ok2, entry kali nie Zul nak cite pasal destinasi wajib bagi mereka yang duduk dekat ngan town dikala bulan Ramadhan ini, iaitu..Bazar Ramadhan. yezza..haa, bukannya apa, Zul bukan la 1st time katanya p bazar. tapi sebelum ni Zul memang jarang p bazar esp kat UPM, bazar kat Sri Serdang tuh. macam *@&%#...mahal tu memang wajib, rasa die tuh lagi macam *@&%#..sebab tu ZUl lagi suka masak kat umah. sebab kalo masak, kita leh masak takat mana yang kita nak makan. kalo arini rasa macam nak makan banyak, masak banyak. kalo rasa macam nak makan sikit, masak sikit. kalo rasa macam nak makan kuih muih, buat la, kalo x, xyah wat..kan senang.huhuhu...tapi xdinafikan qhenyah tuh qhenyah jugak la..huhuhu.

haa, semalam Zul ngan Ma kuar g bazar kat Alor Star ni. sebab Zul memang dah lama nak makan kuih muih tradisional yang betul2. yang betul2 tu maksudnye yang sedap and dibuat oleh mereka yang arif lagi bijaksana la...so, kitorang g Bazar Ramadhan di Stadium Darulaman, Alor Star.

Bazar die besaq and opkos banyak stalls. and crowd pon xdelah terlalu sesak. maybe sebab jalan die yang agak luas. die pakai kanopi besar ala2 kenduri tuh, so peniaga and pembeli xdela kene hujan kalo hujan, and xperlu nak pakai payung.selain dari itu, kat bazar ni jugak ade jual keperluan untuk menyambut lebaran macam baju melayu, tudung, baju kurung, songkok, and lelain..so kirenye dalam satu tempat la cuma dipisahkan ngn khemah yang berbeza..so, memang besar la bazar kat perkarangan stadium ni...


haa, mai cek nak tanya hangpa sat..hangpa rasa kat bazar len ada gak ka..ni baghu la cek rasa macam dok kat loqstaq, bila ulam-ulaman kelihatan dimana-mana..

hangpa nak buah apa, hangpa habaq ja, cek tolong blender kan..sekali tanya jus mangga ada x..?nan ado...

macam nilah crowd dalam bazar tuh..boleh tahan lagi la...
kuih muih ini dikatakan berharga sekupang or seposen...

ni tempat yang Ma beli pulut udang tuh.....abis Ma borong..


ni namanya laksa buyong, haa, yang dalam bekas macam tempayan tuh la dipanggil buyong...tempat depa masak kuah dia..

ok, menu berbuka Zul semalam adalah nasi putih yang dimasak sendiri dirumah je. cuma lauk yang dibeli di bazar. antaranya seperti Ikan Tilapia bakar, ayam panggang, ayam sambal merah. selain dari nasi putih, Ma beli mee kari untuk Pa and pulut kuning untuk Ma sendiri yang akhirnya dikongsi ngan Zul. pastu Ma beli pulut panggang or pulut udang untuk kenduri kat surau, bengkang atau bingka yang Zul beli (sebab memang dah lama teringin nak makan bengkang) serta kuih akok. minuman pulak, Zul bancuh sendiri sajork, iaitu hazelnut coffee.

Ma n Pa buka kat surau so lepas maghrib bawu diorang balik makan. and selalunye diorang makan sikit je, lepas tarawikh nanti bawu diorang makan banyak. Zul ni memang jenis tanpa segan dan silu..huhuhu

ayam sambal merah cek..huhuhu

ni la tempat cek beli ikan bakaq tuh..hehehe

haa, tapi apa-apa pown Bazar Ramadhan kat Alor Star memang best. insyallah petang ni macam nak g lagi. sebab tadi pown Ma ada tanya, "sat gi beli Nasi Beriyani kat Bazar ka..?"..cek maintain xjawab sebab xtau lagi.tengok perut cek la mak noh..kalo rasa tergerak nak berbuka ngan Nasi Beriyani, adalah nanti..huhuhu. haa, readers sumer, dah ade menu idaman untuk berbuka nanti ka..?kompom dah ade kan, terliur masing2 baca entry Zul ni kan..haha. xpe2, yang penting berbelanja la dengan berhemat, insyallah arini Zul akan cuba, hikz..selamat berbuka ya kawan-kawan..(^_^)