haa, ari selasa lepas, Zul and kawan2 sebenarnye ke Perlis Indera Kayangan. kami saje2 je pergi berjalan2, sambil niat ingin mengisi perut dengan hidangan yang menarik disana..hahaha. kami berlapan, yer..berlapan ye hadirin, harap maklum, bertolak dari Alor Star pada pukul 230 lebih kurang dengan menaiki van Amy. lapan orang kami itu adalah Amy, Nash, Kuan, Eizman, Zul, Apitt, John and Ah Chong. selepas isi minyak di Mentaloon, kami depart melalui jalan Gunung Keriang, menghala ke Jerlun. destinasi pertama kami adalah Kodiang. kerana disana kami akan dijamu oleh sahabat Amy, Yanti dan ibunya yang akhirnya menjadi sahabat kami semua juga...
perjalanan ke Kodiang memang best sebab Zul dah lama xjalan kat kawasan kampung macam ni. jalan yang diapit oleh sawah padi nan hijau, bukit-bukau dan tali air. rumah-rumah kampung yang tersusun rapi dan cantik, memang sangat memukau pandangan. even tho Zul memang orang Kedah tp to be honest, memang susah nak tengok mende cenggini kat Alor Star skg. sepanjang perjalanan kami itu juga, Zul dapat spot tempat2 dan landmark2 yang menarik seperti Makam Puteri Lindungan Bulan, Kota Seputih, Watt yang cantik dan Gua Kerbau.
Yanti dan ibunya telah menyediakan juadah tengah hari yang siyes best. nasi putih dengan lauk rendang dinding dan rendang biasa, salad, laksa dan kuih muih. tapi rasa die, pergh, memang terbaek dari ladang..!!!kami spent lebih kurang sejam jugak disana. lepas makan, Kuan and John dok gigih memetik buah kelapa muda di depan umah Yanti..hahaha..nampak jelas la kegigihan tuh...esp, tym nak kopek kelapa, lagi jelas....
dalm pukul 4, kami pown minta diri dan berterima kasih pada Yanti dan ibunya yang sudi menerima kami sebagai tetamu mereka petang itu. perjalanan kami diteruskan dengan mencari masjid yang berdekatan kerana ada sebahagian dari kami masih belum Zuhur. jadi kami singgah di Masjid Jamek Pekan Kodiang untuk menunaikan solat Zuhur dan juga Asar.
selesai praying, kami pown berangkat menuju ke Kuala Perlis. dari Kodiang ni, xjauh dah nak ke Kuala Perlis. dalam 20 mins camtu, kami pown sampai ke Kuala Perlis, dengan tempat persinggahan pertama adalah gerai Ais Kacang. ade banyak gerai Ais Kacang sepanjang jalan di pesisir laut nie. kami just pilih salah satu pastu masing2 pesan cendol and ais kacang untuk dinikmati sambil melayan topik perbualan yang dibuka....gerai ni memang bertentang dengan laut, so lepas makan kami jalan2 tepi laut tuh. die bukan pantai berpasir, just berbatu-batu.so xdela konsep org mandi-manda disini ye hadirin...
lepas kekenyangan, kami bertolak pulang ke Alor Star. budak-budak nie ajak asah tekak lak sebelum balik.so, kami pown g lah mencari tempat y seswai utk mengasah tekak. tapi, semuanya full, sakit ati tol, last skali, balik umah sajer.asah kat umah je la, hahaha. lepas rest kejap, Kuan ajak lepak kat dataran, depan Masjid Zahir tuh..lepas lepak2, kami pekena nasi kandaq sat kat Yasmeen and balik ke sarang masing2...
haaa, satu hari suntuk berjalan, dari siang sampai ke malam la...tp memang best sebab jalan ramai-ramai ngn kawan, and pergi makan..hahaha...thanx to others yang wat this trip possible, esp Amy y supply transport yang vogue...siap ada siren lagi, kaw hado..???hahahaha....
1 comments:
foto cantek
Post a Comment