Content

Puisi Buat Adik..

Monday, January 19, 2009



Di sudut bibir mu,
terlukis garis senyum,
garis itu yang mewarnai dunia ku..
garis itu yang memberi erti hidup ku

Dalam kotak minda mu,
terpampang hamparan suci nawaitu mu,
nawaitu itu yang menyayangi ku..
nawaitu itu yang menjaga ku

Jangan pernah biasa kau,
untuk terdetik kata khilaf,
dalam menentucorak,
warna dan sketsa kanun mu..

Jangan pernah biasa kau,
untuk menyonsang ombak,
yang memukul teluk perasaan,
takut hanyut dalam pencarian..

namun satu yang harus kau ingat,
walau apa langkah yang kau tarikan,
walau apa watak yang kau lakonkan,
walau apa nada yang kau senandungkan,
tarikan, lakonkan, senandungkan,
dengan dengupan nyawa yang putih..
agar apa jua yang melayang dihujung padang,
dapat kau nikmati dengan hembusan nafas jernih..

aku sentiasa menjadi teman imaginasi mu,
ketika menemanimu bermain di padang hijau itu,
terusan ku menikmati garis senyum mu,
dan menyanjungi nawaitu suci mu,
warnai duniaku, sayangi ku..

kerana kau adik ku..


P/S:huhu..dh lama xtulis puisi, so mcm dh berkarat skit..huhu..but i do love it sbb Zul karang spontan, apa y terlintas dlm kpala..i hope u guys lurve it..(^_^)

9 comments:

farish izaryl @izreez at: January 19, 2009 at 1:29 PM said...

syahdu lah puisi nihhh

Zoulhusni:My Emancipation at: January 19, 2009 at 4:04 PM said...

really..??huhu..
thanx..(^_^)

Anonymous at: January 19, 2009 at 6:59 PM said...

besh larr serius mak....

adie_kun at: January 20, 2009 at 2:37 AM said...

wahhhhh..

puisi tuk adikk...
bagusnya abg ni kan..

hehe

dulu adie pun suka karang puisi..

(^_^)V

Zoulhusni:My Emancipation at: January 20, 2009 at 1:18 PM said...

thanx nyuting..

yeke adie..huhu..org dh lama xkarang mengarang neyh, ttba je trasa mcm nk mengarang.(^_^)

Bally Da Shoe at: January 21, 2009 at 1:05 PM said...

great!!

Zoulhusni:My Emancipation at: January 22, 2009 at 10:08 AM said...

thanx bally..(^_^)

Para Jamaludin at: January 22, 2009 at 8:36 PM said...

great...diction bley tahan..
as an english literature student, i can't comment much..just keep on writing..sometimes when the usual way failed, poem speaks... =)

Zoulhusni:My Emancipation at: January 23, 2009 at 8:57 AM said...

ghee..thanx fara..huhu..waitin for inspiration to knock my head again..huhu